Ahad, 2 Jun 2013

KEPENTINGAN SUPLIMENT

Ramai yang kata "saya tak perlukan supliment, saya masih sihat dan kuat". 

Adalah perlu diingat supliment bukan ubat. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Jadi kenapa perlu makan vitamin???

Supliment perlu diamalkan untuk tujuan pencegahan kepada penyakit (bukan rawatan)

7 sebab utama pentingnya vitamin dalam kehidupan hari ini..

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
-          Asap dari kenderaan, kilang mahupun asap rokok.
-          Air yang diperoleh juga sudah tidak terjamin kebersihannya
 
·       2.   Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
-          Tidak bersenam
-          Merokok
-          Makan makanan yang tidak berkhasiat
 
·      3.    Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient
-          Menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi/rendah, kencing manis, gout dan lain-lain
-          Termasuk ibu HAMIL dan MENYUSU
 
·         4. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
-           contohnya kerana mengambil minuman berkafein, makan jeruk atau makan rempah berlebihan.
 
·     5.     Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
-          Proses penghantaran, penyimpanan yang lama dan memerlukan kepada bahan kimia bagi memanjangkan jangka hayat buah dan sayur berkenaan
 
·       6.   Kehilangan nutrien dalam makanan
-           Memasak terlalu lama
-          Penggunaan microwave

·        7.  Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera
 
 
Secara peribadi, saya merasakan rawatan setelah sakit menggunakan dadah sebagai ubat amatlah saya cuba seboleh mungkin untuk elakkan.
 
 
DOA DIKURNIKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
 

~Bismillaahir rahmaanir rahiim~

"Ya Allah,kurniakanlah kesihatan pada badan hamba,
Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba,
Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba,
Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu
daripada kekufuran dan kepapaan,
Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu
daripada kesengsaraan azab kubur,
tiada Tuhan melainkan Engkau"

[Bacalah pada waktu pagi dan petang]


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan