Isnin, 21 Januari 2013

Satu Penantian

Semakin hari semakin dekat tarikh yg dinanti-nantikan..My EDD..

Bagaimanakah?

Apakah?

Walaupun ni da anak kedua, tapi perasaan takut, cuak bercampur baur semua ada..

Samaada kelahiran kali ni normal atau c-sec.. Hari-hari aku berdoa agar dapat melahirkan secara normal..Penat weh nak pantang kalo c-sec ni..

My Lil Dotter Mia dulu dilahiran secara emergency c-sec after hampir 15 jam di induce dan still dia xnak kluar cara normal, dek kerana kedudukan dia yang terbalik (bukan songsang) dahi dia da bengkak n tali pusat pun da terbelit..So masa Mia, aku rasa la dua-dua sakit..

Ini adalah kandungan keempat aku, yang mana 2 yang pertama gugur, yang ketiga Mia dan yang keempat sedang menghitung hari untuk melihat dunia..

Pengalaman mengandung dan melahirkan kau memang penuh dengan warna-warni, pahit manis.

2 kandungan pertama gugur kerana pendarahan yang berlanjutan dan akhirnya gugur penuh yang mana masa tu aku tak tahu kenapa.

Masa aku dapat tahu aku mengandung kali ketiga, aku buat keputusan untuk jumpa pakar (Pusat Perubatan Damansara Damai). Dengan Doc Kamal ni la terus je aku dapat tahu yang aku ada fibroid.yang selama ni PPUM x pernah dapat kesan. Masa first time pergi ni dengan kawan aku Effa.. Dia yang masa tu sama-sama teman aku scan.

Sejak tu, aku meneruskan check up dengan Dr. Kamal ni, setiap seminggu sekali aku akan amik injection untuk kuatkan rahim sehinggalah kandungan aku 20 minggu dan diteruskan dengan amik ubat hormon sehinga aku melahirkan. Pernah juga warded sbb bleeding untuk beberapa hari.

Tp, disebalik semua tu hari ni ak da boleh senyum melihat keletah anak kecil aku yang akan mencecah usia 3 tahun bulan April ni. Sekejap aja masa berlalu..

Lain pulak ceritanya dengan pengalaman mengandung kali ni. Sejak mula aku mmg ada masalah untuk makan. Please, makan adalah nikmat hidup aku..N masa mengandung kali ni nikmat itu diambil sementara dari aku..Guess what berat aku semasa sebelum mengandung ialah 57 kg. Turun naik turun naik dan di usia kandungan mencecah 36 mingu berat aku sekarang 58.5 kg (semalam)..Aku semakin kurus okeh, cuma perut je besar..hihih..masa awal mengandung dulu uri aku kebawah n anak aku pun songsang. But alhamdulillah, inshaAllah, baru-baru ni da ok dan aku berdoa agar terus ok..

N now here i am..waiting 4 another princess come to my world soon.

So, wish me luck ya..

Definisi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).

Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.

Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.

Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.

Sumber rujukan http://www.who.int

Jumaat, 18 Januari 2013

Checklist Persediaan Bersalin

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan (sentiasa ready...buku merah tu la kan..)
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan / mengandung) (buku merah jugak)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4.  Kad Pengenalan (ada..kaler biru lagi)

Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian
1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan didepan (ini untuk memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik atau seluar yang longgar (seelokeloknya seluar dari kain kapas) – 3 helai atau lebih
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
6. Ubat bersalin / set bersalin
7. Tisu
8. Selipar Jepun
9. Pad / Tuala Wanita – pastikan anda membeli jenis yang tebal untuk aliran darah yang banyak selepas beberapa hari bersalin.
10. Seluar Dalam. Jika nak mudah, beli disposable panties (seluar dalam pakai buang)
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Pengikat rambut – jika anda berambut panjang

Barang-barang lain yang juga agak penting
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Duit syiling – jika anda ingin menggunakan telefon awam
3. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
4. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lense).
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu menunggu saat melahirkan
6. Gambar orang tersayang
7. Pelembap bibir / Lipstik
8. Pemotong kuku
9. Bedak / make up (bagi sesetengah orang, tidak kira didalam keadaan apa pun, mereka tetap mahu kelihatan cantik ☺)
10. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick ect. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu dihospital

Barang yang tidak patut anda bawa ke hospital :
1. Barang kemas
2. Wang tunai yang banyak
3. Kad kredit

Barang-barang bayi
Barang-barang asas
1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Beg – untuk mengisi barang bayi
8. Tuala

Barang-barang Penjagaan Bayi
1. Tisu lembap / wet tissue – untuk membersihkan punggung bayi
2. Tisu (toilet roll)
3. Krim untuk mencegah ruam lampin
4. Minyak untuk disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut
5. Bedak / losyen

Senaraikan beberapa barang yang anda perlukan selepas kembali ke rumah

Barang - barang Ibu
1. Pengering Rambut / Hair Dryer – untuk mengeringkan luka pembedahan setiap kali selepas mandi
2. Tisu gulung – digunakan untuk melapik perut setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden
3. Ubat luka – diberi oleh hospital atau jika tidak ada boleh dibeli difarmasi
4. Losyen bayi – untuk disapu diperut bagi menghilangkan hitam diperut
5. Gel sireh slim atau ubat untuk disapu diperut agar perut kempis dengan lebih cepat
6. Bedak sejuk / param / pilis (optional)
7. Selipar didalam rumah (bedroom slipper) – untuk dipakai sepanjag tempoh berpantang bersama dengan stokin
8. Anti Septic Dettol – untuk digunakan membasuh luka pembedahan setiap kali sewaktu mandi
9. Pam susu

Barang-barang Bayi
1. Set Tilam, bantal dan selimut
2. Bedak / Losyen
3. Sabun / mandian bayi
4. Besin mandi
5. Lapik Getah - untuk digunakan sewaktu menukar lampin bayi

SAHABAT

Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang sentiasa ada dikala suka dan duka