Rabu, 26 Jun 2013

GLA COMPLEX

GLA adalah gamma-linolenik acid, yang mana terdapat dalam bunga borage, evening primrose (EPO) dan bunga safflower. GLA mempunyai pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita. Tubuh kita sebenarnya boleh menghasilkan GLA sendiri daripada linolenik asid yang kita amik (jika ada).

Antara faedah2 GLA terhadap tubuh kita:-

Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu.

Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.
GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Di mana nak dapatkan sumber GLA terbaik ni? Dapatkan GLA Complex dari Shaklee hari ini!



MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA




Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3.



Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…






EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .










Faedah & kepentingan Omega-3:







Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat




Mengapa Omega Guard Shaklee?



Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.




Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
Ibu hamil
Ibu menyusu
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
Lelaki
Warga Emas
Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Mereka yang mementingkan kehidupan sihat




Anda boleh dapatkan Omega Guard hari ni… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!

Hubungi saya sekarang utk dapatkan harga yg sangat menarik!





Siti Khadijah Binti Rohana

ID 846821

sms /whatsapp 018-2836867

email sitikhadijahrohana@gmail.com

4 TIPS CARA MAKAN UNTUK KEKAL LANGSING

Semakin hampir nak raya, semakin ramai yang target nak slimkan badan.

Antara tips hari ini :


Makan dengan kerap.Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..


Rendah kalori, rendah lemak. Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
Waktu terbaik untuk minum air.Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.

CARA BANCUH ESP LAZAT


ESP antara product killer Shaklee....hanya yang dah rasa kehebatannya saje faham ape yg saya bicarakan disini.... ESP??... esp atau nama penuhnya energizing soy protein.. saya taknak cerita panjang pasal ESP..entry kali ni nak share cara2 bancuh ESP...especially yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah..asik bancuh dengan susu jerrr.

..Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resipi2 di bawah.. ikut tekak masing2...
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
  • ..........ada sape2 nak tambah..silakan...
..anda bagaimana?...for me..saya sampai bile2 suka ESP dgn freshmilk (kalo rajin..blend skali dgn kismis/kurma)..kalo dak shake2 jer....
ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik
## Harga runcit ESP ialah RM150(WM)/ RM155(EM), nak dapatkan harga lebih murah? sila sms/ whatsapp saya 018-2836867atau email terus ke sitikhadijahrohana@gmail.com

CEGAH MIGRAIN DARI BERULANG


Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa suplemen lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Suplemen/vitamin untuk migrain;
 

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B kompleks Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kenalah jaga makan begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/suplemen sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Siti Khadijah
sms / whatsapp
018-2836867
e-mail
fb
Siti Khadijah Binti Rohana / super healthy beauty

Selasa, 25 Jun 2013

TIP'S TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

Sebenarnya banyak tips yang boleh diamalkan untuk tingkatkan penghasilan susu. Antara RAJIN atau MALAS saja.

Untuk hari ini saya nak kongsi berkenaan POWER pumping.



APA ITU POWER PUMPING???
Teknik power pumping adalah teknik satu teknik yang sangat membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang sama dengan pengepaman biasa namun menggunakan kaedah yang sedikit unik. ia bertujuan untuk memberi signal terhadap otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dalam selang masa yang singkat.

SIAPA YANG PERLUKAN??

  • mommy yang kekurangan susu dan sedang usaha nak banyakkan semula susu - akibat dari perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya
  • mommy yang nak menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan (relaktasi)
  • mommy yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini bertujuan merangsang penghasilan susu (namun harus diingat, untuk ibu yang belum pernah melahirkan, sila berjumpa Doktor untuk nasihat lanjut)
CARA POWER PUMPING

Single pump - pam kanan 10minit, kemudian kiri 10minit, kanan semula 10 minit dan diteruskan secara bergilir-gilir selama 1 jam.

Double pum - pam kedua-dua belah serentak, rehat, makan-makan, kudap-kudap selama 10 minit, pam semula kedua-dua belah selama 10 minit, rehat semula 10 minit dan seterusnya sehingga cukup 1 jam

Disarankan buat sekali sehari selama seminggu. amat digalakkan buat pada waktu malam ke subuh sebab hormon susu sangat tinggi (bagi yang beragama islam time nilah kita bangun sembahyang tahajjud, lepas sembahyang tu buat sekejap)

BILA DAPAT NAMPAK HASIL???

Jangan berangan tinggi-tinggi buat sekali, terus nak dapat hasil. Teknik ini mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk nampak perubahan terhadap penghasilan susu. Teruskan usaha walaupun susu yang keluar hanya setitik atau hanya pam angin semata-mata.. Jangan putus asa, berdoa dan tawakkal, insyaAllah dipermudahkan olehnya.. Amiiinn.

Kepada ibu berkerjaya yang selalu terskip jadual mengepam, amalkan power pumping di malam hari. InsyaAllah susu tak akan merudum, malah makin bertambah jika amalkan secara berterusan.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma;

Siti Khadijah
018-2836867 (sms, whatsapp, wechat)


Ahad, 16 Jun 2013

PERSEDIAAN UNTUK PENJAGA BAYI SEBELUM KEMBALI BEKERJA


Cup Feeding1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.
3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.
4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.
5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.
6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).

KEBURUKAN SUSU FORMULA


 


1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam).
2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari.
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.
6. Mudah tercemar.
7. Kegemukkan.
8. Mudah mendapat cirit-birit.
--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah          keluaran Hospital Kuala Lumpur)
 

KEBAIKAN SUSU IBU

Saya membuat keputusan untuk menyusukan anak-anak sejak saya mengandungkan anak pertama saya di saat saya berumur 23 tahun. Pada masa itu, tak banyak ilmu penyusuan yang saya tahu, tanpa tempat untuk merujuk. Kakak  saya juga bukan lah seorang yang pro breastfeeding. Tapi saya memang ingin memberikan yang terbaik untuk anak saya. Disini lah, di laman maya saya mencari rakan dan panduan untuk melestarikan hasrat saya untuk menyusukan anak saya. 

Saya tidak sama sekali memperkacilkan susu formula jika anda memilih untuk memberi susu formula buat anak kecil anda. Ramai yang sanggup berhabis untuk memastikan susu formula yang dibeli adalah kaya dan tinggi dengan khasiat..Namun jangan sesekali terfikir yang ibu yang memberi susu ibu buat anak mereka ini sayang duit. Perkara yang sebenar, kos untuk breasfeed anak juga tinggi. Antaranya :-
  • kos pam- untuk menjayakan hasrat untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun ramai yang memilih untuk membeli pam yang terbaik. Saya sendiri banyak membeli dan mencuba pam untuk mencari yang betul-betul serasi dengan badan saya. Pam pertama saya yang saya beli ketika mengandung ialah Avent manual (+- RM200), pam kedua dibeli ketika ank pertama berumur 4 bulan ialah Spectra 3( hampir RM400), dan akhirnya saya membeli pam madela free style (RM1000 ++) ketika umur anak pertama saya setahun lebih, yang mana kini saya gunakan sepenuhnya pula untuk anak kedua saya yang berusia hampir 4 bulan..
  • Kos storage bottle - Perlu banyak untuk membuat stockMilk Storage
  • Kos supliment - untuk memastikan kesihatan ibu dalam keadaan optimum.
  • Dan kos-kos lain  
                                                                                                                                    

    FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU


    1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
    2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
    3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
    4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
    5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
    6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
    7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
    8. Menggalakkan tumbesar.
    9. Penghazaman yang mudah.

    --Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)



      Khamis, 13 Jun 2013

      BABY ZIA NAIK RASHES

      Semalam, masa amik Zia kat nursery, dorang cakap zia kena ruam, balik rumah terus mumy n daddy bukak baju, seluar, pampers, tengok-tengok bukan kat punggung saja, tapi da naik kat tangan, kat muka pun ada juga.

      So, malamnya kitorang bawak Zia pergi klinik kat Putra Perdana, walaupun banyak klinik yang lebih dekat, sebab da selesa dengan doktor kat sana, kitorang masih nak pergi klinik tu..

      Bukan tak cuba pergi klinik yang dekat dengan rumah, tapi bila pergi tak memuaskan hati, macam masa Zia demam 2-3 ari yang lepas, kita tak puas hati so better pergi klinik yang kita da tau cara doktornya.

      Doktor cakap, mungkin sebab dia masih demam, so ruam keluar disebabkan kulit Zia sensetif. Sorang demi sorang ank-anak mummy kulitnya sensetif.

      So, doktor bagi krim untuk sapu dan mummy minta juga ubat titis mata, sebab mata Zia bertahi,Doktor cakap sebab panas dalam.
      ruam

      Cara tradisional untuk merawat ruam di tubuh ialah dengan menggunakan manjakani. Tumbuk beberapa biji buah manjakani hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam. Selamat mencuba.

      CARA KENDALIKAN SUSU PERAHAN

      1) Menyimpan Susu Ibu:
      • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
      • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
      • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
      • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
      2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

      • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
      • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
      • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
      3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

      • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
      • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
      • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
      • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
      • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
      *Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

      4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
      • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
      • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
      • Peti sejuk 1 pintu:
                 -bahagian fridge 4°C: 7 hari
                 -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
      • Peti sejuk 2 pintu
                 -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
                 -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
      • Deep freezer -20°C: 6 bulan
      Penting!
      • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
      • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
      • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
      5) Menyahbeku Susu Ibu:
      • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
      • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
      • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
      • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
      • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
      • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
      • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
      6) Panduan Memberi Susu Ibu:


      • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
      • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
      • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
      • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
      • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

      Mari rebut promosi Jun!!!!!!

      Promosi bulan Jun ini, beli 6 canister meal shake percuma satu..

      Wahhhh!!! BERBALOI-BALOI!!!!!




      6 fakta tentang Mealshake:

      1. Nutrisi Lengkap
      Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
      *Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
      2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
      Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
      *Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
      3. Untuk Pembesaran
      Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
      *Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
      4. Anti-oksida
      Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
      *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
      5. Pemulihan Kulit
      Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
      *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
      6.Detox
      Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
      *Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

      Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
      • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
      • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
      • sesuai untuk seisi keluarga
      • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
      • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
      • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
      • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
      • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
      • Meningkatkan selera makan anak
      • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
      • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
      • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
      • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

      Jom baca apa kata mereka




      Jumaat, 7 Jun 2013

      MARI KURUS WAHAI IBU MENYUSU!!!

      Menurunkan berat badan semasa tempoh penyusuan bukan sesuatu yang mustahil. Anda masih boleh mencapai berat badan seperti zaman anak dara, atau sekurang-kurangnya berat sebelum mengandung. berikut tips cara kurus khas bagi ibu yang menyusu:



      • pilih makanan yang seimbang ketika meals and snacks. dan makanlah beberapa jam sekali
      • minum air banyak, air memainkan peranan penting semasa proses metabolik. sebaik-baiknya minum 8oz air selepas menyusukan bayi.
      • jangan lengahkan atau tak peduli pada tanda-tanda lapar, walaupun anda baru sahaja makan beberapa jam yang lepas. makanlah sesuatu yang ringan seperti buah bagi mengisi perut.
      • bersenam dan nikmatilah. tips, cuba bersenam dengan melibatkan bayi anda, contoh menolak stroller dan 'babywearing' semasa berjalan.
      • jangan sesekali melakukan 'crash diet' atau 'diet drastik'. Fokus kepada makan makanan sihat, ini akan membantu anda menghilangkan berat secara sihat.


      Ibu walaupun sibuk menyusukan anak, masih lagi perlu menjaga kesihatan diri. berat badan yang berlebihan akan mengundang risiko obesiti, sakit jantung, cepat letih dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Kebiasaanya punca berat badan berlebihan adalah disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat. Ini akan menyebabkan lebihan lemak terkumpul di badan.

      Pengambilan suppliment yang berfungsi membakar lemak juga akan membantu mengurangkan berat badan secara selamat. Jika anda mengambil suppliment lecithin atau makanan yang tinggi dengan kandungan lecithin, badan anda akan membakar lemak dengan lebih berkesan.

      Lecithin akan membantu menjayakan cara kurus bagi ibu menyusu dengan selamat dan berkesan. Ibu masih boleh mendapat berat badan idaman, tanpa menjejaskan susu ibu.



      Jom membakar lemak dengan Lecithin!


      Dapatkan harga istimewa dari Healthy Beauty Shaklee..

      HUBUNGI,
      SITI KHADIJAH BINTI ROHANA
      Member ID : 846821
      SMS/WhatsApp : 018-2836867
      Email : sitikhadijahrohana@gmail.com
      FB : Siti Khadijah Binti Rohana / Super Healthy Beauty
      COD : Amcorp mall PJ 

      SET PENYUSUAN PALING MURAH!!!!!!

      Makin HOT Set Penyusuan Shaklee sekarang, dah masuk ke dalam list MUST HAVE ITEM bagi ibu-ibu yang baru melahirkan dan mahu menyusukan anak. Pelbagai Set Penyusuan Shaklee yang ditawarkan, semuanya bergantung pada poket-poket ibu sendiri. Bukan saja 'breast' penuh dengan susu hingga menamcut-mancut, malahan susu akan menjadi lebih pekat kerana penuh dengan khasiat dan vitamin. Lagi yang menariknya tentang set yang HOT ini ibu sendiri menjadi lebih sihat dan bertenaga. Tiada masalah sakit badan untuk bangun berkali-kali menyusukan anak, mengepam di tempat kerja juga melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
      Alhamdulillah, dengan Set Penyusuan Shaklee kerja menyusukan anak, mengepam susu dan membuat kerja rumah menjadi 'kacang'. Dalam diam-diam makin ramai ibu yang telah percaya akan kehebatan Set Penyusuan Shaklee nie. Takkan nak tengok je ibu-ibu lain berjaya menyusukan anak, kita sendiri pun mestilah mahu menyusukan anak kan, jika boleh hingga usia 2 tahun.
      Jangan risau, usah runsing, Set Penyusuan Shaklee tidak lah mahal sangat sehingga pokai duit bulanan. Memperkenalkan Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet Gila, gabungan Energizing Soy Protein(ESP) dan juga Alfafa insyaallah mampu membuat ibu senyum meleret. Mana tak senyum meleret, bila susu yang biasa 3oz menjadi 5oz hingga 8oz sekali pam. Juga ibu menjadi lebih bertenaga.
      Sebenarnya ESP dan Alfalfa bukan saje dapat memudahkan ibu terus menyusukan anak walaupun bekerja. Ianya lebih dari itu, jom tengok kelebihan masing-masing:
      Kelebihan ESP:
      1. Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
      2. Parut di muka jadi pudar
      3. Tenaga berpanjangan pagi ke malam
      4. Kurang letih 
      5. Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
      6. Sistem perlindungan badan semakin bagus
      7. Mengawal paras kolestrol
      8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat
      9. Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
      10. Mengurangkan alergik
      Kelebihan Alfalfa:
      1. Sistem penghadaman lebih baik
      2. Mengawal kolestrol dalam darah
      3. Membuang toksik dalam badan
      4. Mengurangkan masalah gastrik
      5. Membantu merawat keputihan
      6. Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
      7. Mengurangkan asthma
      8. Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
      9. Meningkatkan kesuburan
      10. Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!
      Tak kan hati tak tertawan, tak perlu fikir banyak-banyak kali, inilah Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet. Harga yang super bajet dengan kebaikan yang bermacam-macam. Baju cantik, beg cantik boleh je disambarkan, apatah lagi sesuatu yang baik untuk ibu dan si kecil. Jom sambar sekarang.
      Hubungi saya untuk dapat harga yang super bajet untuk Set Penyusuan Yang Paling Bajet nie. SEGERA!
      HUBUNGI,
      SITI KHADIJAH BINTI ROHANA
      Member ID : 846821
      SMS/WhatsApp : 018-2836867
      Email : sitikhadijahrohana@gmail.com
      FB : Siti Khadijah Binti Rohana / Super Healthy Beauty
      COD : Amcorp mall PJ