Rabu, 23 Oktober 2013



Assalamualaikum…

Ya..mungkin ramai dah dengar cerita. Vitamin C Shaklee kini kembali!! Dah setahun menunggu akhirnya terubat rindu.

Tapi hati-hati ya, ada pula yang nak kaut untung berlebihan. Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee ni harga pasaran untuk semenanjung RM92.50(SM)/RM97.50(SS), ada 180 biji tau. Ada pula yang jual RM1 untuk sebiji. Jadi, sila berhati-hati ya.



Apa istimewanya Vitamin C Shaklee ni sampai ramai tak sabar-sabar menanti kemunculan semula dan ramai pula menyerbu bila mula tahu kewujudannya?

1. Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C bersamaan 7.5 biji oren segar

2. Ianya diberi nama ‘Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan.

3. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam!

4. Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?

5. Mengandungi Bio-flavonoid yang meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan



Jadi, apa lagi? Jom dapatkan segera. Lagi best kalau dapat ambil bersama-sama Collagen Powder Shaklee.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Siti Khadijah
♥ SMS | WhatssApp : 018-2836867
♥ Shaklee ID : 846821
♥ Email : sitikhadijahrohana@gmail.com

Selasa, 22 Oktober 2013

WHATSAPP & WECHAT DAH OK!!!

Assalamualaikum..

Sepertimana tajuk di atas, anda dah boleh menghubungi saya melalui wechat dan whatsapp sepertimana biasa.

I luv to make friends. Do not be hesitate to contact me..Borak kosong, cite2 pasal breastfeeding, parenting, ANYTHING!!


~018-2836867~

Jumaat, 11 Oktober 2013

MARAH TANDA SAYANG

Dalam rumah tangga, mustahil tiada badai dan gelombang. Pernah tak anda bercerita dengan teman-teman betapa sakitnya hati dengan perangai si suami / si isteri? Antara banyak-banyak nasihat, nasihat yang macamana anda suka dengar?

"Mel, memang patut pun ko marah, kalau aku, aku buat apa tau, aku akan..." cadang si A

atau

"Mel, aku bukan nak bangkang kau, tapi kau, tapi dalam rumah tangga, tolak ansur itu penting, kalau aku di tempat kau, aku akan....." cadang si B

lalu cadangan mana yang akan terkesan di hati anda?

Rumahtangga mana yang tiada langsung cacat dan cela. dalam kita berumahtangga dan mencari redha Allah di atas dunia yang sementara cuma ini apa yang yang paling penting ialah keharmonian. 

Ini adalah apa yang anda ingin dengar bila anda meluahkan masalah pada teman2.




Namun pernah tak anda renungkan "buah sabar itu manis isinya"

"Kau cakap senanglah, benda macam ni tak jadi dengan kau, kalau ko kat tempat aku, ntah2 lagi teruk ko buat"

Sebenarnya kita memang mengharapkan teman kita akan menyokong kita dan mengeluarkan ayat sokongan sepertimana Si A suarakan, tapi sekiranya anda yerus memperjuangkan betapa betulnya anda dan betapa salahnya si Dia, ke mana sudahnya rumahtangga anda?

Sehingga kini saya masih mencari formula untuk sentiasa aman. Saya yang dulunya nak sentiasa menang belajar menerima yang kadang-kadang suami saya juga ingin menang. Dan apa yang paling penting dalam rumah tangga ialah tolak ansur.

"Penat bercakap dengan dia, asik nak kena ulang je, tak paham2 apa yang aku nak!!!"

Pernah dengar tak "Batu yang terbelah itu tidak datang kerana betapa derasnya arus yang membelah batu, tetapi kerana berapa kerapnya titisan air menitis sehingga terbelahlah ia"

Beralah tidak membuatkan kita kalah. 

Saya bukan siapa-siapa, jauh sekali pakar dalam isu rumahtangga. apa yang saya suarakan cuma berdasarkan apa yang terjadi di sekitar kehidupan saya. 







Khamis, 10 Oktober 2013

PERLUKAH AMBIL KOLAGEN??



Assalamualaikum…

Kolagen adalah protein utama tisu penghubung, tulang, tendon dan kulit yang membentuk kira-kira 40% daripada jisim badan keseluruhan anda. Ia juga merupakan komponen utama dalam kulit, rawan, ligamen dan tendon, dan komponen protein utama tulang dan gigi.

Ia bertanggungjawab memberikan kekuatan dan keanjalan kulit, dan kemusnahannya menyebabkan kedutan yang mengiringi penuaan.



Kelebihan dari segi kecantikan





Kebimbangan terbesar untuk kulit apabila kulit kehilangan tarikan dan menjadi kedut. Ini adalah tanda-tanda kekurangan kolagen dalam lapisan dermis kulit. Kolagen merangkumi 70% daripada dermis dan membantu kulit untuk kekal lembut dan tegang. Dengan kekurangan kolagen, epidermis dan lapisan keratin akan runtuh dan terasa berat. Ini menyebabkan kulit menjadi kendur atau membentuk kedutan.





Kelebihan dari segi nutraseutikal







Kolagen telah terbukti secara klinikal untuk membantu mengekalkan fungsi badan manusia dari segi sendi yang sihat, menyokong aktiviti sukan dan pergerakan harian. Selalunya, pembina badan dan atlet meletakkan banyak tekanan pada ligamen dan sendi, yang membawa kepada kecederaan. Dan semakin seseorang itu berusia, tisu penghubung haus dan terdedah kepada kerosakan. Makanan tambahan kolagen boleh membantu dengan mesintesis semula kolagen dan memelihara serta mengatasi beberapa bahagian sendi yang haus dan koyak.





Umur, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, toksin alam sekitar dan pendedahan cahaya matahari adalah faktor-faktor yang menyebabkan kulit kita kehilangan keanjalan, seri dan kelancaran. Pada usia 25, penjanaan kolagen mula jatuh. Pada usia 60 tahun, paras kolagen dikurangkan kepada kurang daripada separuh, menyebabkan kulit kita menjadi nipis dan kurang anjal.



sumber : http://www.vitagen.com.sg/our_products.html

Kenapa anda perlu dapatkan Shaklee Collagen Powder?


Berbentuk makanan untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel.
Mempunyai emolient(pelembap) yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
Mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
Mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
Ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
Mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang
SELAMAT DAN TIDAK BERTOKSIN



Dapatkan sementara promosi istimewa bulan ini (Oktober 2013)!!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.