Apa pilihan yang ada?
(Vitalea)Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak/keguguran. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.
Vitamin C (saya ambil chewable vit c kerana vi c sustain release masih tiada stok)
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.
Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.
Alfalfa
Ianya merupakan raja segala herba, berfungsi sebagai kacip fatimah dan menghangatkan hubungan suami isteri. Dikatakan sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
Galactagouge- bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu.
Membantu melawaskan sistem perkumuhan
membuang angin dalam badan
Termasuk dalam katagori fiber yang mengenyangkan
Melegakan sakit sendi dan belakang
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (ia mengandungi miyak peppermint
Melegakan senggugut
Merawat arthitis
Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat keputihan
Membesar dan menegangkan payudara
Memulihakan urat selepas bersalin
Melegakan sembelit dan banyak lagi untuk disenaraikan
Ostematrix (kalsium)
Ianya membekalkan nutrisi harian termasuk kalsium yang membantu pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese yang membantu dalam memelihara kesihatan yang optimum, selain mampu mengelakkan dan mengatasi masalah sembelit dalam kalangan ibu selepas melahirkan
ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan